Make your own free website on Tripod.com
Bab 20   Penyata Penyesuaian Bank 

Penyata Bank
satu penyata disediakan oleh bank dihantar kepada pemegang akaun semasa bagi menujukkan penerimaan dan pembayaran cek

Penyata Penyesuaian Bank
Satu penyata disediakan oleh pemegang akaun semasa untuk menunjukkan sebab-sebab mengapa baki bank pada buku tunai tidak sama dengan  baki bank pada penyata bank

Sebab-sebab baki Buku Tunai   tidak sama dengan  Penyata Bank
(I) Cek-cek belum kemuka
     Cek-cek yang sudah dikredit dalam Buku Tunai tetapi Penyata Bank tidak ada catatan.
     Kesan : Baki bank Buku Tunai kurang,  baki bank Penyata Bank kebih

(II)Simpanan Belum Kredit
     Cek-cek yang sudah didebit dalam Buku Tunai tetapi Penyata Bank belum ada catatan.
     Kesan : Baki bank Buku Tunai lebih,   baki bank Penyata Bank kurang

(III)Perintah tetap / Arahan Tetap
      Arahan diberi oleh syarikat kepada pihak bank untuk membuat beberapa jenis bayaran
      pada tempoh yang ditetapkan dengan jumlah / amaun yang sama
      Contoh : Premium insurans, sewa, bayaran ansuran aset tetap, pelaburan.
      Kesan : Baki bank Buku Tunai lebih,  baki bank Penyata Bank kurang

(IV)Caj Bank
      Belanja yang dikenakan oleh bank, Buku Tunai belum ada catatan
      Contoh : Caj bank, buku cek, komisen bank
      Kesan :  Baki bank Buku Tunai lebih, baki bank Penyata Bank kurang

(V) Debit langsung
      Bayaran dibuat terus daripada bank tanpa melalui Buku Tunai, lazimnya bayaran
      kepada pemiutang
      Kesan : Baki bank Buku Tunai lebih, baki bank Penyata Bank kurang.

(VI)Pindahan kredit
      Penerimaan wang yang terus didepositkan kedalam bank tanpa melalui Buku Tunai
      Contoh : Faedah, dividen, gaji
      Kesan : Baki bank Buku Tunai kurang, baki bank Penyata Bank lebih.

Mengemaskini Buku Tunai : -

TOP