Bab 3   Aset Inventori 

Inventori
barang niaga yang ada pada sesebuah syarikat

1. Inventori akan bertambah apabila : -
    i) Belian Berlaku
       - belian ialah barang-barang dibeli dengan tujuan
         dijual semula untuk memperoleh untung, mengikut
         harga beli atau kos beli
   ii) Pulangan jualan berlaku
       - pulangan jualan ialah barang-barang dipulangkan
         oleh pelangan atau penghutang kerana tidak
         memuaskan
       - sebab-sebab pulangan jualan : -
                a) rosak, cacat atau tidak segar
                b) salah jenama, saiz atau warna
                c) salah kualiti
                d) bekas kosong
                e) sudah sampai tarikh luput
       - Pulangan jualan ikut harga jualan selepas tolak
         diskaun niaga

2. Inventori akan berkurang apabila : -
     i) Jualan Berlaku
        - Jualan ialah barang-barang niaga dijual kepada
           pelanggan untuk memperolehi keuntungan,
           ikut harga jualan
     ii) Pulangan Belian berlaku
        - Pulangan belian ialah barang-barang niaga
           dipulangkan  kepada pembekal kerana
           tidak memuaskan
        - Sebab-sebab pulangan belian : -
                a) rosak, cacat atau tidak segar
                b) salah jenama, saiz atau warna
                c) salah kualiti
                d) bekas kosong
                e) sudah sampai tarikh luput
         - Pulangan belian ikut harga belian selepas tolak
            diskaun niaga diterima.

2 Jenis Urusniaga

  1. urusniaga tunai   - bayaran dibuat secara serta-merta
  2. urusniaga kredit - bay boleh ditunggak, ditunda atau berhutang.
 
TOP