Bab 4  Sistem Catatan Bergu untuk Belanja dan Hasil 

Belanja
satu jumlah wang yang dibayar oleh syarikat kepada pihak-pihak tertentu sebagai pertukaran mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan untuk menjalankan urusniaga perniagaan
contoh : upah & gaji, sewa, kadar bayaran,
             alat tulis, belanja pos, insurans,
             belanja am.

Akaun belanja mempunyai baki debit
Sebab-sebab :
a) akaun bank / tunai di kreditkan
b) perkhidmatan dan kemudahan diterima masuk ke dalam syarikat
c) apabila belanja debit, modal menurun,  seterusnya belanja menurunkan
    modal, jadi belanja di debitkan

Hasil / Pendapatan
satu jumlah wang yang diterima oleh syarikat daripada pihak-pihak tertentu sebagai pertukaran membekalkan perkhidmatan dan kumudahan
contoh:  sewa diterima, komisen diterima,
             faedah diterima

Akaun hasil mempunyai baki kredit
a) Akaun bank / tunai di debit kan
b) Perkhidmatan dan kumudahan dibekalkan oleh
    syarikat dan dikeluarkan daripada syarikat
c) Modal meningkat akaun modal dikreditkan,
    hasil menambahkan modal, jadi akaun hasil
    dikreditkan.

TOP