Bab 7   Akaun Perdagangan dan Untung Rugi 

1. Tempoh Perakaunan
    satu tempoh jangka masa dipilih untuk mereokd urusniaga perniagaan yang berlaku,
    biasanya 1 tahun ( 12 bulan)
    contoh  :       1/ 1 / 96     --->    31/12/96
                        1/ 4 / 96     --->    31/ 3 /97
                        1/ 7 / 96     --->    30/ 6 /97
                        1/10/ 96     --->    30/ 9 /97

2. Dagangan
    Syarikat beli barang-barang dan jual semula untuk mendapatkan keuntungan.

3.  Perkilangan
     Syarikat buat barang-barang niaga dan jual untuk mendapatkan keuntungan
 
4.  Untung Rugi
      Keuntungan daripada dagangan dicampur dengan pendapatan-pendapatan
      lain dan ditolak segala belanja-belanja yang terlibat dalam menjual barang
      niaga sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Tujuan akaun dagangan dibuka ialah untuk mencari untung atau rugi kasar
                                                    sementara
tujuan akaun untung rugi dibuka ialah untuk mencari untung atau rugi bersih
 

Objektif untuk menjalankan perniagaan

  1. memaksimumkan keuntungan
  2. meminimumkan kerugian / kos
 
TOP