Bab 8    Kunci kira-kira 

Definasi
Satu penyata disediakan untuk menunjukkan kedudukan kewangan syarikat, iaitu baki-baki aset, modal &  liabiliti pada satu titik masa tertentu, biasanya pada hari terakhir tempoh perakaunan.

1.  Aset Tetap
     Aset yang paling sukar tukar kepada tunai atau kuasa membeli dengan serta-merta
     Contoh : Tanah, bangunan atau premises, kenderaan, lekapan & lengkapan

2.  Aset Semasa
     Aset yang lebih mudah ditukarkan kepada tunai atau wujud dalam bentuk kuasa membeli
     Contoh : Inventori, penghutang, bank, tunai

3.  Liabiliti Jangka Panjang
     Pinjaman atau tanggungan yang melebihi setahun

4. Liabiliti Semasa
    Hutang atau tanggungan yang kurang daripada setahun
    Contoh : Pemiutang, overdrag bank.

Jenis-jenis Akaun
1. Akaun Perorangan
    - mewakili perseorangan atau firma yang berurusniaga dengan perniagaan

2. Akaun Bukan Perorangan
    a) Akaun nyata / benar
        - mewakili harta benda milikan syarikat seperti aset
    b) Akaun nominal
        - mewakili hasil dan belanja

 

TOP