Penyata Bank
satu penyata disediakan oleh bank dihantar kepada pemegang akaun semasa
bagi menujukkan penerimaan dan pembayaran cek
Penyata Penyesuaian Bank
Satu penyata disediakan oleh pemegang akaun semasa untuk menunjukkan
sebab-sebab mengapa baki bank pada buku tunai tidak sama dengan baki
bank pada penyata bank
Sebab-sebab baki Buku Tunai tidak sama dengan Penyata
Bank
(I) Cek-cek belum kemuka
Cek-cek yang sudah dikredit dalam Buku Tunai
tetapi Penyata Bank tidak ada catatan.
Kesan : Baki bank Buku Tunai kurang,
baki bank Penyata Bank kebih
(II)Simpanan Belum Kredit
Cek-cek yang sudah didebit dalam Buku Tunai
tetapi Penyata Bank belum ada catatan.
Kesan : Baki bank Buku Tunai lebih,
baki bank Penyata Bank kurang
(III)Perintah tetap / Arahan Tetap
Arahan diberi oleh syarikat kepada pihak
bank untuk membuat beberapa jenis bayaran
pada tempoh yang ditetapkan dengan jumlah
/ amaun yang sama
Contoh : Premium insurans, sewa, bayaran
ansuran aset tetap, pelaburan.
Kesan : Baki bank Buku Tunai lebih,
baki bank Penyata Bank kurang
(IV)Caj Bank
Belanja yang dikenakan oleh bank, Buku
Tunai belum ada catatan
Contoh : Caj bank, buku cek, komisen
bank
Kesan : Baki bank Buku Tunai lebih,
baki bank Penyata Bank kurang
(V) Debit langsung
Bayaran dibuat terus daripada bank tanpa
melalui Buku Tunai, lazimnya bayaran
kepada pemiutang
Kesan : Baki bank Buku Tunai lebih,
baki bank Penyata Bank kurang.
(VI)Pindahan kredit
Penerimaan wang yang terus didepositkan
kedalam bank tanpa melalui Buku Tunai
Contoh : Faedah, dividen, gaji
Kesan : Baki bank Buku Tunai kurang,
baki bank Penyata Bank lebih.
Mengemaskini Buku Tunai : -