1. Ralat ketinggalan
- urusniaga yang tidak dicatat dimana-mana
buku
Contoh : invois belian RM 1000 sudah
hilang
Kesan
: Belian kurang catat dan pemiutang kurang catat
Pembetulan
: Dt Akaun Belian
Kt Akaun Pemiutang
2. Ralat komisen
- salah dari segi nama akaun yang
didebit atau dikredit
Contoh : penjelasan hutang oleh
Ali telah dimasukkan ke dalam akaun Alif
Kesan : Baki penghutang
Ali bertambah, baki penghutang Alif berkurang
Pembetulan : Dt Alif
Kt Ali
3. Ralat prinsip / konsep
- salah dari segi konsep
Contoh : Belanja membaiki bangunan
telah didebit ke akaun bangunan
Kesan : Baki bangunan lebih
catat, baki belanja membaiki bangunan kurang catat
Pembetulan : Dt Akaun Belanja membaiki bangunan
Kt Akaun Bangunan
4. Ralat berimbang
- Jumlah amaun yang salah
dibahagian debit secara kebetulan sama dengan jumlah amaun
yang salah dibahagian
kredit.
Contoh : Upah lebih catat
RM 100, Jualan lebih catat RM 100
Pembetulan : Dt Akaun Jualan
Kt Akaun Upah
5. Ralat pada catatan asal
- kesilapan berlaku
pada dokumen perniagaan atau buku catatan pertama
Contoh : satu invois
jualan terlebih tulis RM 10
Kesan : Jualan lebih RM
10, Penghutang lebih RM 10
Pembetulan : Dt Akaun Jualan
Kt Akaun Penghutang
6. Ralat terbalik sama sekali
- Akaun yang patut
didebit telah dikredit dan akaun yang patut dikredit telah didebitkan
Contoh : Wang RM 50
dikeluar dari Bank untuk kegunaan pejabat
Kesan : Tunai
kurang RM 50, Bank > RM 50
Pembetulan : Dt Tunai RM 100
Kt Bank RM 100
*** Nilai dalam
pembetulan adalah dua kali ganda daripada nilai asal ***